Shaklee Cinch™ Shake Mix ~ Kekalkan Otot Anda Agar…

Pas sehari… sehari.. dan sehari, tak sempat-sempat nak share tentang Shaklee Cinch™ Shake Mix ni, apa taknyer… asyik bergelut ngan anak-anak setiap kali nak guna laptop. Ni pun yang sulung blom tidur, kasi game sama dia, selamat KakNgah untuk guna laptop.. hahha… adatlah kan klu dah tiap-tiap hari mengadap anak2…. macam-macam.

Okeh… dah kata nak share pasal Shaklee Cinch™ Shake Mix ni kan, sebelum tu… tengok dulu apa yang KakNgah tempekkan, cer tengok.. cer tengok..

“16.8 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia di negara ini mengalami masalah kegemukkan”

Huhhu… lebih dari separuh rakyat Malaysia adalah gemuk! Macam mana la Malaysia kita ni tak penuh dengan golongan obesiti, makanan tak yah cakap arrr…. bukan setakat menjilat jari hah, siap-siap boleh tergigit lidah lagi, SEDAP! LEMAK! BERANEKA! dan CEPAT DIMASAK!…. Untung U jadi rakyat Malaysia, tak der la nk kebulur cam orang-orang kat Afrika sana.. Untung-untung juga tapi klu main bedal tak hingat, kesihatan diri sendiri gak yang memudaratkan diri, pas makan.. makan… makan… dan makan… huh!

Sekarang ni, ramai yang sibuk nak kurus dek kesedaran yang pelbagai penyakit boleh hinggap klu dah digelar obes, kan..kan..kan… Antara penyakit leh hinggap bila dah dikategorikan obes nih adalah :

  • Sakit Jantung,
  • Diabetes,
  • Darah Tinggi,
  • Period Tidak Stabil (wanita),
  • Kesuburan (lelaki & wanita),
  • Sakit Sendi.

Alhamdulillah, happy KakNgah dengar ada segelintir yang sms, PM di FB dan ber’whatsapp’ gtau nak kurus… Tahniah kepada anda yang memilih untuk kurus dengan shaklee… so malam nih KakNgah share dulu manfaat Shaklee Cinch™ Shake Mix untuk anda.

Kenapa Cinch™ Shake Mix?

Cinch™ Shake Mix adalah Campuran Proprietari Protein dengan Leusina.

Apakah Leusina [Leucine]?

Leucine adalah asid amino penting dimana badan tidak dapat menghasilkannya secara semulajadi. Ia adalah salah satu daripada tiga rantaian asid amino (BCAAs) yang penting. Ianya berfungsi berbeza daripada asid amino yang lain dimana ianya tidak dimetabolismekan dalam hati, tetapi secara langsung dalam sel-sel otot. Penyelidikan terkini mendapati bahawa L-Leucine bertindak dengan cara yang unik, ia boleh membantu membakar lemak tanpa membakar otot. L-Leucine sebenarnya alat ganti protein otot, meninggalkan mereka untuk membantu membina dan mengekalkan otot kajian mass.several telah mengesahkan bahawa leucine meningkatkan kehilangan lemak, menstabilkan paras glukosa darah, dan memperbaiki komposisi badan terutamanya apabila pada diet terhad kalori.

Perbezaa Shaklee Cinch™ Shake Mix dengan Brand lain?

Perbezaa Setiap kali anda minum Shaklee Cinch™ Shake Mix anda akan mendapat 24gm protin, 24 jenis mineral dan vitamin yang penting dan 6 gm serat larut. Protin digunakan untuk membina otot dan otot berfungsi menaikkan metabolisma dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan sekaligus dapat mengelakkan pengambilan makanan ringan antara waktu makan.

Tanpa otot anda mungkin akan kelihatan seperti begini!

So… sekarang anda tentukan sendiri samada perlu atau tidak untuk anda consume Shaklee Cinch™ Shake Mix? Kesihatan itu Satu Anugerah… semoga bermanfaat…

 
 
 
Name Card

Advertisements

Kini Vivix™ Shaklee Telahpun Dipatenkan!

Alhamdulillah… seronok dengan promo bulan nih… berlumba-lumba pakat dok order Vivix™ Shaklee, ada yang beli untuk diri sendiri, ada yang beli untuk mak ayah dan juga mentua, berbaloi-baloi manfaatnya…

Lapan tahun yang lalu, Roger telah membeli beberapa bidang tanaman Anggur Muscadine untuk diproses kepada Vivix™ Shaklee! Beliau ingin membuktikan bahawa Vivix™ Shaklee berkesan dalam memperbaiki tahap kesihatan seseorang dengan lebih baik. Berita baiknya Vivix™ Shaklee ternyata berkesan dan hasilnya kini Vivix™ Shaklee di patenkan oleh Pejabat Paten Amerika Syarikat pada awal August 2013 ini!

Apa yang istimewanya Aggur Muscadine?

Anggur Muscadine / anggur muskat ini dikatakan adalah sejenis anggur liar yang istimewa, yang mana ianya mempunyai 20 kromosom dan saiznya adalah sebesar sebiji bola golf. Oleh kerana ia mempunyai lebihan pasangan kromosom ni, bermakna ia menyediakan lebih banyak manfaat pada kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksida terbaik. Anggur ini hidup di kawasan ekstrem dan tumbuh liar, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandungi asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

Selain Anggur Muscadine, Vivix™ Shaklee juga diperkaya dengan Purple carrot, Elderberry [Sambucus Nigra] dan Polygonum Cuspidatum. Jom kita tengok khasiat dan manfaat setiap bahan kandungannya…

Lobak Ungu [Purple carrot]

Lobak ungu memang bukan kebiasaan bagi kita rakyat Malaysia. Lobak ungu ini adalah sumber terbaik VITAMIN A dan mengandungi PHYTOKIMIA termasuk CAROTENOID, PHENOLIC, POLYACETYLENES, ISOCOUMARINS dan SESQUITERPENES.

Lobak ungu juga mengandungi ANTHOCYANINS iaitu antioksida yang mustajab. dan ia jugalah yang menyebabkan warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Jadi jika kita lihat warna buah berry, ia menunjukkan bahawa ia mengandungi banyak anthicyanins terutama buah beri biru yang mana ia mengandungi aktiviti antioksidan yang tertinggi.

Anthocyanins adalah antioksida utama dalam lobak ungu-kuning dan ungu oren, tetapi kandungan antioksidan yang paling tinggi wujud dalam lobak ungu-kuning. Dan asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis lobak. Asid klorogenik inilah yang dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

Kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti mikribial dan anti carcinogen. Ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platlet, dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Elderberry [Sambucus Nigra]

Elderberries mengandungi bahan semulajadi yang dipanggil flavonoid yang mempunyai sifat antioksidan dan boleh membantu mencegah kerosakan sel-sel badan. Ianya juga membantu dalam mengurangkan bengkak, melawan keradangan, dan meningkatkan sistem imun.

Kajian telah mendapati bahawa elderberry dapat meredakan gejala selesema seperti demam, sakit kepala, sakit tekak, keletihan, batuk, dan sakit badan. Beberapa kajian telah mencadangkan bahawa elderberry boleh membantu dengan jangkitan sinus bakteria atau bronkitis.

Kesimpulannya elderberry membantu dalam menangani masalah jantung, strok, stress, memperbaiki masalah penghadaman dan penglihatan.

Polygonum Cuspidatum

Polygonum cuspidatum atau lebih dikenali sebagai knotweed Jepun, adalah tumbuhan berbunga invasif. Polygonum cuspidatum digunakan untuk menghasilkan makanan tambahan resveratrol kerana ianya mudah didapati dan cepat membesar. Antara manfaat utama polygonum cuspidatum adalah :

  • Kawalan kolesterol ~ Masyarakat saintifik percaya bahawa ekstrak polygonum cuspidatum boleh mengurangkan paras kolesterol yang tinggi pada manusia , sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan trombosis. Makanan yang kaya dengan resveratrol boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular , merendahkan jumlah kolesterol , dan menurunkan kolesterol LDL. “
  • Kesan antioksidan ~ Resveratrol adalah antioksidan. Antioksidan mencegah kerosakan kepada sel-sel oleh radikal bebas. Resveratrol dipercayai dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan kanser selain membantu dalam mengurangkan berat badan dan meningkatkan stamina seseorang atlet.

Jika anda ingin dapatkan Vivix™ Shaklee dengan harga yang extra murah, November inilah masanya… Anda juga layak mendapat keahlian PERCUMA+Cash Money… sapa nak bagi kan..kan..kan.. moh buat order sekarang!

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 

Iodin Penting untuk Wanita Hamil! Adakah Anda Mendapat Secukupnya?

“Tahukah anda, iodin adalah satu kepentingan untuk anda semasa hamil, menyusu dan merancang untuk hamil?”

Fungsi iodin yang diketahui ialah sebagai bahagian perlu kepada hormon thyroid. Hormon  thyroid mengatur banyak aktiviti berlainan termasuk tumbesaran, pembiakan , fungsi neuromuskular, pertumbuhan kulit dan rambut, metabolisma selular, dan menolong melepaskan tenaga ke dalam sel. Badan kita biasanya mengandungi 20 – 30mgs iodin. Lebih kurang 60% daripadanya terdapat dalam kilang thyroid, selebihnya didapati pada keseluruhan tisu badan , terutamanya dalam ovari, otot dan darah.

hamilSatu artikel baru-baru ini yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) telah menimbulkan kesedaran mengenai kekurangan iodin di kalangan wanita hamil . Ibu-ibu di Amerika Syarikat mungkin tidak sedar bahawa mereka mempunyai risiko kekurangan iodin, dan bahawa tahap rendah nutrien ini memberikan kesan yang negatif pada kesihatan kedua-dua ibu dan anak dalam kandungan mereka. 

Tidak seperti kebanyakan nutrien penting lain, badan anda tidak mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan bekalan iodin dengan sendiri. Ia perlu diambil sama ada daripada sumber makanan atau melalui suplemen . 

Sumber Makanan ~ udang kara, tiram, sardin dan rumpai laut adalah sumber iodin yang baik. Jumlah iodin yang terkandung dalam susu dan telur adalah ditentukan oleh jumlah iodin yang terdapat dalam makanan ternakan tersebut. Kandungan iodin yang terdapat pada sayur-sayuran adalah berbeza mengikut jumlah kandungan iodin yang terdapat pada tanah.

Sumber Supplement ~ Vita-Lea [Multivitamin] dari Shaklee menawarkan keperluan iodin yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil bagi menampung keperluan nutrein yang diperlukan.

vita-leaVita-Lea Shaklee merupakan multi-vitamin yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai Vitalize-Mineral dan disingkatkan sebutan kepada Vita-Min dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Tabletnya yang disaluti serbuk nutrisi – spirulina dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan berteknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai Explo-tab. Ia merupakan multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protien untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian Klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center of Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Jadi apa yang anda dapat daripada artikel ini ?

Jika anda hamil atau merancang untuk hamil tidak lama lagi, pastikan pilihan anda semasa membeli multivitimin lengkap dengan iodin agar anda dan bayi anda mendapat keperluan nutrein yang mencukupi. Vita-Lea Shaklee sememangnya PILIHAN KAKNGAH!

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 
 

November ~ Sihat, Cergas & Awet Muda

Promosi Nov. 2013 - Vivix

Meletup bulan ni dengan Promo Vivix™ Shaklee ~ BUY 6 FREE 1, hahha… saper nak bagi cek non oiii! satu botol pun dah RM475.00 kay… [nak lagi murah roger2 KakNgah yer…]

Kalau anda nak tahu, Vivix™ Shaklee ni salah satu suplemen untuk kekal cantik dan tampak muda lebih 25 tahun, cer tengok SINI!, class gtu mak… KakNgah pun tergugat noh… Bukan nampak muda jer, sihat dan cergas lagi tau. Hahha… tengok2lah testimonials yang ditempek, memang puas hati tau.

TESTIMONIALS

Kecantikkan

Masalah Diabetes

Masalah Resdung

Nak Berhenti Merokok???

Hahha… nk berhenti merokok pun leh try consume Vivix™ Shaklee. Bagi yang nak order tu, leh order cepat-cepat sempena bulan promo, tak lama dah nak abeh promo ni… 10 hari je lagi! Next month produk lain plak nahhhh….

Dan yang paling bestttttt sangat anda layak mendapat KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA! Apa tunggu lagik!!!

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.

Alfalfa Complex

Medicago sativaAishhhh…. macam-macam nak kongsi tapi entah apa yang nak KakNgah kongsikan pun kadang-kadang mati akal.. hahha, dulu masa sekolah tak belajar betul-betul, hah! pastu nak buat karangan dah terkial-kial, ngeh..ngeh..ngeh… 🙂 Jom kita kenal sket…

Apakah Alfalfa?

Alfalfa [Medicago Sativa] adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak berkurun lamanya. Akarnya yang tunjang sehingga kedalaman akar mencapai 2~4 meter dapat memberikan kandungan yang tinggi dengan protein, vitamin, dan mineral.

23 Manfaat Alfalfa Yang Perlu Anda Ketahui.

  1. Merawat gangguan pencernaan
  2. Mengawal kolestrol dalam darah
  3. Menghapuskan kolestrol buruk ‘LDL’ dari tubuh
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  6. Mencegah edema – Pengumpulan air dalam badan
  7. Mengurangkan simptom menopous
  8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik dalam tubuh
  11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri
  20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
  21. Membantu dalam masalah anemia
  22. Mengurangkan keasidan dalam badan
  23. Bertindak sebagai anti-kanser.
Keistimewaan Alfalfa Shaklee
  • Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  • Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Kaya dengan asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia
  • Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
  • Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
alfalfa2
Mengantuk sudah… huhhu, cukuplah setakat ini untuk dikongsikan, next time lebih banyak info akak KakNgah up-date yer.. mata ni dah tak larat nak buka lagi hah… 🙂 Selamat malam semua… OPS! bagi yang nak order leh roger ngan KakNgah kay..
 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.

OsteMatrik [Kalsium] & Osteoporosis

tulang koroposHahha… ni lagi satu produk yang KakNgah jakun masa mula2 join member, ape ke benda lah OSTEMATRIK nih? 🙂 OSTE dipendekkan daripada perkataan Osteoporosis manakala MATRIK pula adalah maksud kepada kecukupan untuk ketumpatan tulang seseorang. Seperti yang dijanjikan pada post “Betul ker ESP Dapat Membantu Dalam Masalah Gastrik? KakNgah kongsikan pulak Apa itu OsteMatrix®?

OsteMatrix® membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Antara Manfaat OsteMatrix®

  • Terbukti secara klinikal dalam meningkatkan penyerapan kalsium.
  • Menguatkan tulang dan gigi.
  • Membantu masalah gejala ‘morning sickness’ dengan mengawal alergi.
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
  • Membantu melawas dan mengatasi masalah sembelit.
  • Mengawal masalah gastrik.
  • Kurang berat badan akibat osteoporosis.
  • Membantu dalam masalah migrain.
  • Mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Apakah Pula Osteoporosis?

Osteoporosis berasal dari bahasa Yunani osteo yang bermaksud tulang dan porosis yang penuh dengan lubang. Jadi Osteoporosis adalah satu keadaan  kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

“Tahukah Anda? Jisim Tulang Berkembang Ke Tahap Maksimum Pada Usia Umur 28 Tahun dan Akan Mengurang Selepas Itu ~ Wanita Lebih Berisiko.

Apa tunggu lagi? Order OsteMatrix untuk kesihatan tulang anda! dan dapatkan dengan harga yang lebih istimewa hanya dari KakNgah… 🙂

 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 
 

Anak Tidak Perlu PERFECT Untuk Didik Dengan Baik.

marah anakTajuk yang sangat KakNgah suka, sebak dihati kerana perkongsian dari Prof. Dr. Rozieta Shaary sangat menyentuh hati. Tak dapat dinafikan memang KakNgah stress tengok anak kawan2 dan jiran2 dah pun pandai membaca seusia 6 tahun tetapi sebaliknya dengan anak sulung KakNgah. Tegas KakNgah mengajarnya untuk mahir membaca selama 2bulan ini dan Alhamdulillah… sesuatu yang sungguh berbaloi dan memang agak mencabar. Namun teguran Prof. Dr. Rozieta Shaary ini sesuatu yang sebenarnya perlu KakNgah terapkan dalam mendidik anak-anak….

“ANAK TIDAK PERLU PERFECT UNTUK DIDIK DENGAN BAIK.”

Berhentilah menjadi stress kerana anak belum pandai itu dan ini.

Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stress. Jika dia sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik.

Jika anak belum boleh bercakap pada usia dibawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay. Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.

Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.

Mesej ibu hari ini ialah – janganlah terlalu stress kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anak bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang. Dan yang paling ibu hendak ingatkan jangan sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat nak didik dia.

Moga bermanfaat untuk semua ibu2… Kongsikanlah jika anda rasa ianya amat berguna untuk anda juga ibu2 lain di luar sana…