Kenali Anak-Anak Autisme…

Dalam sedang mencari idea untuk dikongsikan, teringat pula dengan seseorang kanak-kanak yang berjiran dengan saudara KakNgah di selatan tanah air. Dari fizikalnya nampak normal, padan dengan usianya 4 tahun namun bila didekati dan melihat perangainya, agak sukar difahami dan dimengerti kehendaknya. Apapun jom kita selongkar sedikit tentang Autisme, buat renungan ibu-ibu juga ayah-ayah di luar sana…

Apakah Autisme?

“Autisme ialah gangguan psikitrik atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran. Pengesanan awal mampu menyelamatkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri,” kata Dr Mastura Badzis.

Biasanya, petanda kesihatan anak yang menunjukkan simptom gangguan sama ada secara mental dan fizikal tidak disedari. Misalnya masalah autisme yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun namun disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal dan menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan apabila membesar kelak.

Menurut Dr Mastura, terdapat beberapa kategori autisme iaitu autisme Autistic disorder atau “Klasik” Autisme”, “Sindrom Asperger” atau turut dikenali sebagai “Atypical Autisme” dan Pervasive Developmental Disorder.

Peka Akan Simptomnya

Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal lain. Hal ini menyukarkan masalah ini sukar dikenal pasti kecuali ibu bapa peka akannya simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka.

Antara simptom-simptom autisme ialah:

  • Tidak menunjukkan eye contact
  • Tidak bertindak balas terhadap senyuman
  • Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepada ke dinding.
  • Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendirian.
  • Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang atau mengeluarkan suara ‘robotik’ atau disebut sebagai echolalia. Mereka juga sering mengulang-ulang apa yang diperkatakan dan kerap melentikkan badan apabila dipeluk.
  • Terlalu sensitif, mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan.
  • Gemar mengibarkan tangan dan memusing-musingkan badan setempat. Malah pada kanak-kanak 18 bulan ke atas, mereka cenderung untuk menggunakan isyarat berbanding perkataan.
  • Sukar untuk mengubah rutin yang mana jika diubah akan mengakibatkan tantrum.
  • Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.

Apabila ditanya apakah penyakit ini boleh diwarisi secara genetik atau keturunan, Dr Mastura berkata “Penyakit ini diwarisi secara keturunan atau genetik tanpa sebab yang diketahui. Hal ini kerana autisme disebabkan oleh keganjilan pada faktor biologi dan neurologi pada otak mereka. Keadaan tidak normal ini juga boleh disebabkan olah pendedahan kepada persekitaran yang tercemar atau berat semasa lahir yang rendah atau kelahiran pramatang”.

Anakku autisme, apa perlu dilakukan?

“Ibu bapa hanya boleh mengesan tanda-tanda awal melalui senarai semak perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan si manja autistik. Jangan lekas melabelkan si manja mengalami autisme dengan hanya kerana dia menunjukkan beberapa signal autistik. Bawalah si manja mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya kerana khuatir mereka pekak. Setelah dikenal pasti tidak pekak, maka bawalah pula berjumpa pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan pemantauan sama ada si manja benar-benar menghidap autisme sebelum diberikan rawatan sewajarnya,” ujar Dr Mastura.

Rawatan terapi untuk kanak-kanak autisme hanya boleh dijalankan oleh pakar sahaja. Antara rawatan tersebut ialah Applied Behaviour Analysis yang dilakukan secara bermain atau play theraphy.

Mendekati kanak-kanak Autistik

Kanak-kanak autistik memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care. Hal ini perlu dilakukan dengan berterusan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan kewujudan orang lain. Elakkan merenung atau menyentuh si kecil autistik kerana kelakuan ini akan menyebabkan mereka stres. bagi mengasuh dan membimbing, banyakkan menggunakan alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah menterjemahkan. Anda juga boleh memberikan kemahiran sosial melalui teknik berkumpulan, bercerita dan sebagainya.

Gejala autisme boleh diredakan dengan menyediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang. Mereka juga perlu diberi peluang untuk merasa apa juga yang ada di persekitaran mereka bertujuan untuk merangsang. Penyakit yang dikenal pasti tidak mempunyai penawar ini akan berkekalan sehingga dewasa. Oleh sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat diperlukan. Anak-anak autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri adalah langkah yang boleh diambil sebagai persediaan menempuh kedewasaan.

Ibu bapa yang memiliki anak autisme bolehlah mendaftarkan anak ke persatuan atau group support untuk mendapatkan sokongan, bertukar pendapat dan mengatasi ketegangan yang dialami. Menghantar anak ke kelas yang menawarkan pendidikan khas untuk pesakit autisme boleh membantu mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup apabila dewasa kelak.

sumber : Pa&Ma

Di sini juga ada kisah seorang ibu yang mempunyai anak autisme, sungguh menyentuh hati… semoha Allah memberikan kekuatan dan ketabahan untuk ibu2 juga bapa2 di luar sana.

Adakah Makanan Tambahan Membantu Kanak-Kanak Autisme?

Makanan tambahan sedikit sebanyak sebenarnya membantu kanak-kanak Autisme, antara makanan tambahan Shaklee yang sesuai untuk kanak-kanak Autisme adalah MealShake, GLA Complex dan Omega Guard.

MShakeMeal Shakes Shaklee ~ merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. Kandungan zinc dan B12 membantu dalam perkembangan otak mereka.

omega

Omega Guard Shaklee ~ merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Omega Guard Shaklee membantu dalam perkembangan otak dan memori kanak-kanak autisme. Kandungan DHA adalah nutrein utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran juga membantu dalam memelihara penglihatan dan pendengaran.

gla2GLA Complex Shaklee ~ merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E yang tinggi dengan sumber omega-6. Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan dapat memperbaiki keadaan anak-anak autisme, sukar memberi tumpuan kepada pelajaran dan hiperaktif.

Alhamdulillah… jika anda ibu dan ayah kepada kanak-kanak autisme, leh cuba MealShake untuk permulaan supaya tidak membebankan atau untuk menyesuaikan diri mereka dengan makanan tambahan. Nak beli 3 jenis suplement berikut dengan harga mampu milik? pun boleh… roger2lah KakNgah kay… 🙂

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
Advertisements

One thought on “Kenali Anak-Anak Autisme…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s