Cari Punca Kenapa GAGAL HAMIL?

Sebelum ni KakNgah ada kongsikan pilihan set kesuburan yang bersesuaian dengan anda yang ingin mencubanya di blog lama KakNgah. Alhamdulillah… mendapat sambutan dari pengguna di luar sana dan terima kasih kepada anda kerana mencubanya, moga ada berita gembira yang akan disampaikan kepada KakNgah. Hari ini plak KakNgah ingin kongsikan antara faktor penyebab atau punca kenapa anda gagal hamil, jom kenali puncanya :

✿ Usia Wanita Tersebut

Dalam zaman serba moden ini, ramai wanita yang mendirikan rumah tangga hanya selepas berjaya memperoleh kerjaya yang diinginkan. Akibatnya, usia sudah ‘banyak’. Tahukah anda bahawa peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seorang wanita itu untuk hamil. Setelah berumur 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurang dari setahun ke setahun.

Usia & Tahap Kesihatan Pasangan

Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.

Gaya Hidup

Pelbagai faktor yang ada kaitan dengan gaya hidup memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil. Antaranya adalah faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur yang cukup senaman secara berkala.

Stres Yang Melampau

Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-keduanya boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu maka semakin sukar bagi mereka untuk mendapatkan anak.

Pakaian

Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutama seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgor. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, eloklah bertukar kepada boxer agar lebih longgar.

Masalah Hormon

Sesetengah wanita tidak tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesteron yang mengcukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Bilangan Sperma Yang Rendah

Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

Pengambilan Kafein

Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi / sebarang kafein setiap hari, anda sebebnarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.

sumber: Pa&Ma Julai 2009

Ermm… tak salahkan jika kita amalkan suplemen untuk berusaha mencubanya seperti nasihat Dr Hamid Arshat di laman FBnya ~

Dr.Hamid arsyad ~ kesuburan

Untuk pengetahuan anda juga, satu lagi produk terbaru shaklee yang baik untuk lelaki dan wanita dalam menangani masalah kesuburan adalah CoQHealth Plus, leh baca dengan lanjut yer… Hubungi KakNgah jika anda ingin dapatkan set kesuburan mengikut bajet mampu milik anda kay…

 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s