Kenali Anak-Anak Autisme…

Dalam sedang mencari idea untuk dikongsikan, teringat pula dengan seseorang kanak-kanak yang berjiran dengan saudara KakNgah di selatan tanah air. Dari fizikalnya nampak normal, padan dengan usianya 4 tahun namun bila didekati dan melihat perangainya, agak sukar difahami dan dimengerti kehendaknya. Apapun jom kita selongkar sedikit tentang Autisme, buat renungan ibu-ibu juga ayah-ayah di luar sana…

Apakah Autisme?

“Autisme ialah gangguan psikitrik atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran. Pengesanan awal mampu menyelamatkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri,” kata Dr Mastura Badzis.

Biasanya, petanda kesihatan anak yang menunjukkan simptom gangguan sama ada secara mental dan fizikal tidak disedari. Misalnya masalah autisme yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun namun disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal dan menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan apabila membesar kelak.

Menurut Dr Mastura, terdapat beberapa kategori autisme iaitu autisme Autistic disorder atau “Klasik” Autisme”, “Sindrom Asperger” atau turut dikenali sebagai “Atypical Autisme” dan Pervasive Developmental Disorder.

Peka Akan Simptomnya

Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal lain. Hal ini menyukarkan masalah ini sukar dikenal pasti kecuali ibu bapa peka akannya simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka.

Antara simptom-simptom autisme ialah:

  • Tidak menunjukkan eye contact
  • Tidak bertindak balas terhadap senyuman
  • Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepada ke dinding.
  • Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendirian.
  • Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang atau mengeluarkan suara ‘robotik’ atau disebut sebagai echolalia. Mereka juga sering mengulang-ulang apa yang diperkatakan dan kerap melentikkan badan apabila dipeluk.
  • Terlalu sensitif, mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan.
  • Gemar mengibarkan tangan dan memusing-musingkan badan setempat. Malah pada kanak-kanak 18 bulan ke atas, mereka cenderung untuk menggunakan isyarat berbanding perkataan.
  • Sukar untuk mengubah rutin yang mana jika diubah akan mengakibatkan tantrum.
  • Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.

Apabila ditanya apakah penyakit ini boleh diwarisi secara genetik atau keturunan, Dr Mastura berkata “Penyakit ini diwarisi secara keturunan atau genetik tanpa sebab yang diketahui. Hal ini kerana autisme disebabkan oleh keganjilan pada faktor biologi dan neurologi pada otak mereka. Keadaan tidak normal ini juga boleh disebabkan olah pendedahan kepada persekitaran yang tercemar atau berat semasa lahir yang rendah atau kelahiran pramatang”.

Anakku autisme, apa perlu dilakukan?

“Ibu bapa hanya boleh mengesan tanda-tanda awal melalui senarai semak perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan si manja autistik. Jangan lekas melabelkan si manja mengalami autisme dengan hanya kerana dia menunjukkan beberapa signal autistik. Bawalah si manja mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya kerana khuatir mereka pekak. Setelah dikenal pasti tidak pekak, maka bawalah pula berjumpa pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan pemantauan sama ada si manja benar-benar menghidap autisme sebelum diberikan rawatan sewajarnya,” ujar Dr Mastura.

Rawatan terapi untuk kanak-kanak autisme hanya boleh dijalankan oleh pakar sahaja. Antara rawatan tersebut ialah Applied Behaviour Analysis yang dilakukan secara bermain atau play theraphy.

Mendekati kanak-kanak Autistik

Kanak-kanak autistik memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care. Hal ini perlu dilakukan dengan berterusan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan kewujudan orang lain. Elakkan merenung atau menyentuh si kecil autistik kerana kelakuan ini akan menyebabkan mereka stres. bagi mengasuh dan membimbing, banyakkan menggunakan alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah menterjemahkan. Anda juga boleh memberikan kemahiran sosial melalui teknik berkumpulan, bercerita dan sebagainya.

Gejala autisme boleh diredakan dengan menyediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang. Mereka juga perlu diberi peluang untuk merasa apa juga yang ada di persekitaran mereka bertujuan untuk merangsang. Penyakit yang dikenal pasti tidak mempunyai penawar ini akan berkekalan sehingga dewasa. Oleh sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat diperlukan. Anak-anak autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri adalah langkah yang boleh diambil sebagai persediaan menempuh kedewasaan.

Ibu bapa yang memiliki anak autisme bolehlah mendaftarkan anak ke persatuan atau group support untuk mendapatkan sokongan, bertukar pendapat dan mengatasi ketegangan yang dialami. Menghantar anak ke kelas yang menawarkan pendidikan khas untuk pesakit autisme boleh membantu mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup apabila dewasa kelak.

sumber : Pa&Ma

Di sini juga ada kisah seorang ibu yang mempunyai anak autisme, sungguh menyentuh hati… semoha Allah memberikan kekuatan dan ketabahan untuk ibu2 juga bapa2 di luar sana.

Adakah Makanan Tambahan Membantu Kanak-Kanak Autisme?

Makanan tambahan sedikit sebanyak sebenarnya membantu kanak-kanak Autisme, antara makanan tambahan Shaklee yang sesuai untuk kanak-kanak Autisme adalah MealShake, GLA Complex dan Omega Guard.

MShakeMeal Shakes Shaklee ~ merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. Kandungan zinc dan B12 membantu dalam perkembangan otak mereka.

omega

Omega Guard Shaklee ~ merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Omega Guard Shaklee membantu dalam perkembangan otak dan memori kanak-kanak autisme. Kandungan DHA adalah nutrein utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran juga membantu dalam memelihara penglihatan dan pendengaran.

gla2GLA Complex Shaklee ~ merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E yang tinggi dengan sumber omega-6. Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan dapat memperbaiki keadaan anak-anak autisme, sukar memberi tumpuan kepada pelajaran dan hiperaktif.

Alhamdulillah… jika anda ibu dan ayah kepada kanak-kanak autisme, leh cuba MealShake untuk permulaan supaya tidak membebankan atau untuk menyesuaikan diri mereka dengan makanan tambahan. Nak beli 3 jenis suplement berikut dengan harga mampu milik? pun boleh… roger2lah KakNgah kay… 🙂

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
Advertisements

Cari Punca Kenapa GAGAL HAMIL?

Sebelum ni KakNgah ada kongsikan pilihan set kesuburan yang bersesuaian dengan anda yang ingin mencubanya di blog lama KakNgah. Alhamdulillah… mendapat sambutan dari pengguna di luar sana dan terima kasih kepada anda kerana mencubanya, moga ada berita gembira yang akan disampaikan kepada KakNgah. Hari ini plak KakNgah ingin kongsikan antara faktor penyebab atau punca kenapa anda gagal hamil, jom kenali puncanya :

✿ Usia Wanita Tersebut

Dalam zaman serba moden ini, ramai wanita yang mendirikan rumah tangga hanya selepas berjaya memperoleh kerjaya yang diinginkan. Akibatnya, usia sudah ‘banyak’. Tahukah anda bahawa peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seorang wanita itu untuk hamil. Setelah berumur 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurang dari setahun ke setahun.

Usia & Tahap Kesihatan Pasangan

Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.

Gaya Hidup

Pelbagai faktor yang ada kaitan dengan gaya hidup memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil. Antaranya adalah faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur yang cukup senaman secara berkala.

Stres Yang Melampau

Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-keduanya boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu maka semakin sukar bagi mereka untuk mendapatkan anak.

Pakaian

Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutama seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgor. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, eloklah bertukar kepada boxer agar lebih longgar.

Masalah Hormon

Sesetengah wanita tidak tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesteron yang mengcukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Bilangan Sperma Yang Rendah

Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

Pengambilan Kafein

Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi / sebarang kafein setiap hari, anda sebebnarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.

sumber: Pa&Ma Julai 2009

Ermm… tak salahkan jika kita amalkan suplemen untuk berusaha mencubanya seperti nasihat Dr Hamid Arshat di laman FBnya ~

Dr.Hamid arsyad ~ kesuburan

Untuk pengetahuan anda juga, satu lagi produk terbaru shaklee yang baik untuk lelaki dan wanita dalam menangani masalah kesuburan adalah CoQHealth Plus, leh baca dengan lanjut yer… Hubungi KakNgah jika anda ingin dapatkan set kesuburan mengikut bajet mampu milik anda kay…

 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.

Hepatitis C Pembunuh Dalam Senyap!

Dalam dok pikior memikior apa yang nak dikongsikan, teringat plak ngan seorang sahabat nih gtau husband dia ada Hepatitis C. Kemungkinan besar persekitaran kerja suami sahabat di kilang [pembuatan benda tajam] menjadikan faktor utama menghidap Hepatitis C. Goggle punya goggle jumpa satu artikel yang boleh dikongsikan. Alhamdulillah, belek membelek dalam buku nutrisi Shaklee jumpa plak suplemen yang boleh membantu mengawal masalah Hepatitis nih, apapun jom kenal dulu…

Apa itu hepatitis C?

Hepatitis bermaksud bengkak (radang) pada hati. Hepatitis terbahagi kepada beberapa jenis. Hepatitis C ialah penyakit yang disebabkan oleh virus. Anda boleh dijangkiti virus ini melalui darah seseorang yang telahpun dijangkiti.

Bagaimana Hepatitis C Boleh Tersebar?

Anda boleh dijangkiti hepatitis C melalui:

  • perkongsian jarum suntikan jika anda menyuntik dadah ke dalam badan. Ini merupakan cara yang paling biasa hepatitis C tersebar. Dianggarkan separuh daripada penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan menghidap hepatitis C.
  • pendedahan kepada darah yang tercemar di tempat kerja. Contohnya, jika anda bekerja dalam industri penjagaan kesihatan, ada kemungkinan kulit anda terluka terkena jarum suntikan secara tidak sengaja.
  • jarum yang tercemar yang digunakan untuk mencacah tatu atau menindik.
  • mendapat rawatan perubatan atau pergigian di sesetengah negara di mana penyakit ini banyak berlaku dan peralatan mungkin tidak disteril dengan betul.
  • anda juga boleh mendapat hepatitis C melalui hubungan seks dengan seseorang yang mempunyai virus ini.

Virus hepatitis C boleh hidup selama beberapa minggu dalam darah kering. Ini bermakna anda boleh dijangkiti melalui pencukur, gunting, pengetip kuku atau berus gigi yang anda kongsi dengan seseorang yang mempunyai virus ini.

Apakah Cara untuk Mengetahui Samada Anda Penghidap Hepatitis C?

Satu-satunya cara untuk memastikan sekiranya anda menghidap hepatitis C ialah dengan membuat ujian darah. Jika anda menghidap hepatitis C, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom, atau barangkali simptom-simptomnya sangat ringan atau kabur, atau disalahertikan sebagai sesuatu yang lain. Tetapi virus ini boleh merosakkan hati secara senyap. Jika tidak dirawat, hepatitis C akhirnya boleh menyebabkan penyakit hati (cirrhosis), malah barah hati juga.

Pertama kali anda dijangkiti, anda mungkin rasa sangat letih dan tidak sihat, seolah-olah anda mendapat demam selesema. Agak jarang bagi mereka yang menghidap hepatitis C untuk mendapat jaundis, yang mana merupakan satu tanda bahawa hati tidak berfungsi dengan betul.

Jika anda menghidap hepatitis kronik, anda mungkin mempunyai simptom-simptom yang sukar dipastikan. Ini termasuk:

  • keletihan yang amat sangat
  • sakit-sakit otot
  • loya
  • kemurungan atau keresahan
  • kesakitan pada bahagian atas kanan perut anda (di mana hati anda berada)
  • lemah daya ingatan atau penumpuan.

Siapakah yang Berisiko Tinggi Menghidap Hepatitis C?

  • Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan,
  • Penghidap kencing manis,
  • Pesakit darah tinggi.

Okeh.. dah tahu serba sedikit info Hepatitis C, KakNgah kongsikan suplemen yang bersesuai plak dengan masalah kesihatan berikut :

DTX Complex

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex : ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana sel-sel hati.

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun hati mampu memperbaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan melindungi organ dalaman lain daripada rosak.

NutriFeron

NutriFeron membantu mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan NutriFeron dlam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimunkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.

Jika anda sayangkan keluarga anda, jagalah hati anda, kebahagian keluarga adalah satu kehidupan yang amat bermakna… Hubungi KakNgah jika anda inginkannya, jangan segan2 yer…

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 

Shaklee Vita-lea [Multivitamin] Pilihan KakNgah yang Tepat!

Sebut jer pasal multivitamin nih, teringat plak masa mula-mula nikah dulu, masa tu husband dan KakNgah keje ngan company construction. Biasalah construction, memang amat memenatkan kerja di tapak pembinaan… Husband ada bagitau, bagus consume multivitamin nih.. Masa tu plak KakNgah ni langsung tak penah kisah ngan sebarang vitamin sebab bagi KakNgah vitamin tu sama jer macam ubat [KakNgah tak suka makan ubat, hahha… kantoi u..]. Dulu pernah la ikut2 jer husband consume multivitamin, tak kisah la apa brand sekalipun tapi pas kenal dan tahu kebaikan multivitamin Shaklee, KakNgah tak rasa dah nak beli dan consume jenama lain di pasaran.

Kenapa Vitalea @ Multivitamin Shaklee Pilihan KakNgah?

Vita-Lea Shaklee membantu KakNgah dalam menangani masalah HB rendah akibat Thalassemia. KakNgah mula consume semasa hamil anak ke-3, saje amek sebab takut nak check-up kat klinik akibat masalah HB rendah. KakNgah beli set lengkap hamil [Vita-Lea, B.Com, Vita-C, OsteMatrix & ESP] kecuali ESP [x cukup bajet, hahha..] dengan myMaster dan alhamdulillah… HB naik dari 8.7g/dl ke paling last 12.3g/dl tapi pas abeh vitamin, KakNgah tak repeat order akhirnya HB KakNgah terus turun, masa perut 36minggu tu lah KakNgah dapat tahu yang KakNgah adalah thalassemia trait… 😥

Kenapa Multivitamin Shaklee Berbeza Dari Brand Lain di Pasaran???

  • Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin yang pertama dunia [pada asalnya dikenali sebagai Vitalize-Mineral dan disingkatkan kepada Vita-min] dan perkataan vitamin yang disebut kini berasalnya daripada Shaklee.
  • Mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA [Recommended Dietary Allowences]. Diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Tablet Vita-lea yang disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan berteknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai Explo-tab.
  • Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
  • Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Okeh, untuk memuaskan hati, KakNgah kongsikan beberapa testimonial dari pengguna juga dari KakNgah sendiri 🙂 .

testi hb rendh

TEsti Hb rendah2

Dah… hehhe, jika anda adalah salah seorang seperti KakNgah dan juga seorang anemia, memang wajar anda memilih Vita-Lea Shaklee sebagai multivitamin anda. Hubungi KakNgah untuk dapatkan produk Shaklee dengan harga mampu milik dan jangan lupa LIKE Page KakNgah disebelah…:)

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 
 

Penyusuan Semasa Mengandung Adalah Selamat

Salam satu Malaysia!!! Harini KakNgah nak kongsikan sket tentang Penyusuan Semasa Mengandung. Ramai juga yang keliru dan ada yang mengatakan tak elok kalau mengandung tetapi masih menyusukan anak… ni KakNgah copy paste jer untuk tatapan anda sebagai perkongsian untuk semua, selamat membaca yer…

Menyusukan Si Manja Semasa Mengandung

Penyusuan adalah satu pengalaman yang indah di antara anda dan si manja, namun anda mungkin tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan jika anda hamil lagi? Walaupun penyusuan dijadikan sebagai pencegah kehamilan, ianya boleh berlaku jika:

  • bayi anda berumur 6 bulan ke bawah,
  • belum kedatangan haid semula dan
  • anda menyusu si manja atas permintaan, enam hingga sepuluh kali sehari.

Keberkesanan ini dalam pencegahan kehamilan dianggarkan 98-99%. Jika anda belum bersedia untuk menimang cahaya mata lagi, anda dinasihatkan untuk menggunakan pencegahan kehamilan alternatif yang lain, memandangkan agak susah untuk mematuhi jadual penyusuan.

Penyusuan dianggap selamat untuk wanita mengandung. Bagaimanapun, jika anda mempunyai sejarah kelahiran tidak cukup bulan, keguguran, mengalami kesakitan uterus atau pendarahan semasa kehamilan sekarang, pakar penjagaan kesihatan anda mungkin menasihatkan anda supaya menceraikan susu.

Berikut adalah isu umum yang seringkali dihadapi oleh ibu yang menyusukan anak semasa mengandung:

  • Puting tegang dan payu dara sakit – Hampir 75% ibu mengalami kesakitan atau ketidakselesaan pada puting mereka disebabkan perubahan hormon, yang boleh menjadikannya tidak selesa untuk menyusukan si manja. Anda boleh cuba menyesuaikan kedudukan badan anda dengan berbaring semasa menyusukan bayi, atau mengalih perhatian anda daripada kesakitan dengan menonton TV atau mendengar muzik.
  • Kurang bekalan susu – Anda mungkin mendapati pengeluaran susu anda berkurang apabila kandungan anda semakin membesar. Ini boleh menyebabkan si manja anda cerai susu secara semulajadi. Sebaiknya, cuba menyusu untuk seberapa lama yang boleh kerana ia membekalkan nutrisi yang baik serta faedah immunologi kepada si manja anda. Kekerapan penyusuan dan pengosongan susu daripada payu dara merendahkan peluang anda untuk mendapat radang payu dara, iaitu mastitis.
  • Ibu letih – Jika anda bimbang penyusuan boleh menambah keletihan, kebimbangan anda adalah tidak berasas, kerana penyusuan tidak menyebabkan keletihan dari segi fizikal. Malah, ia merupakan peluang yang baik untuk anda berehat.
  • Pengecutan uterus – Penyusuan boleh meransangkan sedikit pengecutan uterus (rahim), tetapi ini tidak berbahaya kepada bayi dalam kandungan jika anda tidak mengalami komplikasi kehamilan. Pengecutan ini berlaku disebabkan oleh hormone oksitosin yang dikeluarkan semasa menyusukan si manja, tetapi selalunya jumlah keluaran tidak cukup untuk menyebabkan pembukaan servik (pangkal rahim) sebelum masanya. Jadi, dalam kebanyakan kes, ia tidak akan menyebabkan keguguran atau kelahiran tidak cukup bulan.
  • Perubahan rasa susu – Hormon kehamilan menyebabkan pengurangan jumlah laktosa dalam susu yang dikeluarkan, manakala kandungan natrium meningkat; ini menjadikan rasa susu anda lebih masin, Si manja yang menyusu mungkin tidak suka rasa susu anda dan si manja anda akan bercerai susu secara semulajadi, tetapi ada kanakkanak kecil tidak menghiraukan perubahan rasa ini.
  • Cerai susu – Si manja anda mungkin berhenti menyusu sebelum adiknya lahir oleh sebab-sebab di atas, atau disebabkan oleh perut anda semakin membesar dan pangkuan anda yang semakin sempit menjadikan kedudukannya semasa menyusu menjadi kurang selesa.

Penyusuan bersama

Apabila bayi lahir, anda digalakkan untuk meneruskan penyusuan kedua-dua anak anda. Hal ini membolehkan kedua-duanya mendapat khasiat kebaikan daripada susu ibu. Anda boleh memilih sama ada untuk menyusu keduadua anak secara serentak atau berasingan pada waktu yang berlainan.

Secara umum, ia adalah selamat untuk menyusukan si manja semasa anda mengandung, tetapi anda perlu makan secara sihat dan minum air dengan secukupnya. Hal ini penting kerana anda perlu memastikan bayi dalam kandungan anda mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.

sumber : positiveparenting

Jika anda mencari-cari set makanan tambahan yang bersesuaian semasa mengandung juga sambil menyusu, boleh lihat set lengkap di cni dan anda bolehlah menghubungi KakNgah jika anda inginkan set tersebut dengan bajet minima anda… feel free to call/sms KakNgah k dan jangan lupa LIKE Page KakNgah di sebelah… 🙂

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 

Sihat dan Cantik dengan ESP

Adakah anda mengalami masalah-masalah seperti berikut?

  1. Kulit kusam?
  2. Wajah berjerawat dan berjeragat?
  3. Sering keletihan?
  4. Lapar walaupun dah 3 pinggan nasi dihabiskan? 🙂
  5. Kurang berat badan @ berlebihan berat badan?
  6. Keguguran rambut?

Tahukah anda? ia adalah faktor bahawa anda kekurangan protein..

Secara umumnya risiko kekurangan protein akan menyebabkan anda mengalami masalah-masalah seperti berikut;

Risiko Kekurangan Protein (umumnya):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Anda dah mula risau???

Apa kata anda mencuba ESP [Energizing Soy Protein], bukan hanya baik untuk kesihatan malah baik untuk kecantikan anda juga dengan merangsang pembentukan kulit, mengurangkan kedutan, menganjalkan kulit dan banyak lagi..

Jom order…

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 

Siapa Cakap Lelaki Tak Macho Dengan Shaklee???

Hahha… cam gempak jerk kan??? memang gempak! Masih ramai yang tak mengetahui bahawa distributors Shaklee juga tak kurang ramainya yang terdiri daripada golongan LELAKI  dengan pelbagai kaum dan agama, macho tau…

Meh kita kenal sket dengan lelaki-lelaki macho dalam shaklee yang masing-masing telahpun bergelar jutawan. Jom kita tengok apa kata mereka, selamat berkenalan yer…

Master Hj Mohd Roslan Ghazali & isteri beliau Hjh Zaradah Zakaria

Beliau seorang Dato’ dengan memiliki beberapa perniagaan besar namun beliau selesa menjalankan bisness bersama Shaklee ~ “Keunggulan Shaklee – Kunci perubahan kesihatan optima bersama gaya hidup luarbiasa”..

Master Law Chu Hian

Kalau anda perasanlah, beliau adalah bekas pembaca berita NTV7 ~ “Dekati mereka dengan keriangan, kasih sayang dan kesihatan dengan Shaklee”..

Master Veejayan S/O Sinnamurthy & Ommavaty D/O Summuthir

“Shaklee merupakan perniagaan keluarga sepanjang hayat yang hebat”

Cukuplah hanya 3 orang Master KakNgah kenalkan, Master Shaklee ni dah pun lebih daripada 50 orang, nak kenal dengan mereka?? Jom bersama-sama dengan KakNgah dalam Shaklee… 🙂 

975371_10152875942485117_146410722_n

Ops!!! saper plak 2 orang wanita yang comey lote’ nih??? Hehhe… dia oranglah MASTER KakNgah PM Cery [yang kecil cam i tuh, :)] & Adaa [yang tudung biru kay, bukan yg pakai kot gambar belakang yer… ahaks!]

Ermmm… dah kenal kan.. teringin menjadi sebahagian keluarga jutawan kami? meh roger2 KakNgah kay…

SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.